Sunday, March 14, 2010 By: biro dakwah JPP

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi Meninggal Dunia


10 Mac 2010


Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini. Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera. Jenazahnya dilaporkan dibawa pulang ke Kaherah, Mesir hari ini juga.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran. Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

*Sumber: Malaysiakini


0 comments:

Post a Comment