Tuesday, October 26, 2010 0 comments By: biro dakwah JPP

Rahsia Surah Al-Fatihah & Cara Amal


Dalam kekusutan minda, ketidak tenteraman jiwa, kecelaruan ummat dan segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini adalah penting bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan pelbagai ilmu. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang lebih mustahak ialah mengamalkan ilmu yang ada.

Baca dan ketahuilah Rahsia Surah Al-Fatihah ini. Amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (saudara-mara/ pasangan/ anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
- Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.
 
2. Untuk mengubati penyakit kritikal:
* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.


3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari berterusan.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut. 

6. Untuk merawat luka kecil (luka terkena pisau, luka sengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dll)
* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian "langit-langit" dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:
1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
2. Baca dengan penuh "khusyuk" dan "Tawadhu"
3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintalah dengan niat yang baik. InsyaAllah akan makbul permintaan anda.

Wallahualam.
Sumber ilmu : Dr. Fatma Az-Zahra
Sunday, October 17, 2010 0 comments By: biro dakwah JPP

Menulis Bukan Kerana Nama: Menuju Khusyuk dalam Solat

Menulis Bukan Kerana Nama: Menuju Khusyuk dalam Solat

Rahsia Bulan Lahir

OKTOBER

-Ambil berat tentang orang lain.
-Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran.
-Cepat marah.
-Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya
perempuan).
-Emosi yang kelam kabut.
-Emosi yang mudah terusik.
-Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama.
-Kecantikan luar dan dalam.
-Macam pentingkan diri sendiri.
-Mudah patah semangat.
-Mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan.
-Mudah terusik hati dan cemburu.
-Orang yang adil.
-Pengasih, penyayang dan lemah lembut..
-Romantik dalam percintaan.
-Sangat menawan dan sopan santun.
-Sentiasa berkawan.
-Suka ambil jalan tengah.
-Suka berangan dan pandai bercakap.
-Suka kegiatan luar.
-Suka melancong, bidang sastera dan seni.
-Suka melihat dari perspektifnya sendiiri.
-Suka orang yang sayang padanya.
-Suka sembang.
-Tidak menolong orang lain kecuali diminta.
-Tidak pandai berbohong dan berpura-pura.
-Tidak suka terima pandangan orang lain.

Sifat seseorang dapat dilihat melalui bulan kelahirannya. Namun, ia hanyalah kajian dan pemerhatian. Ada sebahagian sifat bertepatan dan ada juga yang tidak bertepatan dengan diri kita. Sebagai manusia yang menginginkan hari mendatang lebih baik dari sekarang, bolehlah mengislah diri apabila menyedari terdapat sifat yang kurang elok pada diri manakala apa yang baik kekalkan dan jadikan ia lebih baik.