Thursday, March 4, 2010 By: biro dakwah JPP

Aku Bukan Sahabatmu...




Manusia kadangkala bersengketa. Dan kadangkala kita tidak sabar dengan sahabat kita. Namun kita terlupa, kesabaran kita ke atasnya adalah satu tanggungjawab sebenarnya. Jika kita faham bahawa hubungan kita terbina kerana-Nya.
Satu puisi saya reka untuk menghiburkan jiwa-jiwa yang katanya terluka dengan sahabatnya.
Agar kalian kembali berpimpinan tangan.
Menghubungkan semula talian persahabatan dengan keimanan.
Aku bukan sahabatmu
Aku berjanji pada tuhanku
takkan melepaskan dirimu
walau terbakar hangus jiwaku
diperlakukan sikap burukmu
takkanku berpaling
dalam menarikmu dari tersepit asing
walau aku bukan sahabatmu
tetapi dikau sahabatku
tidakku pinta balasan
hanya kucari keredhaan
tiada kusanggup melepaskan
sahabat di neraka kepanasan
aku belum tentu penghuni syurga
tetapi aku ingin ke sana
maka bencimu bukan hentian langkahan
aku akan bersabar hingga kematian
takkan kulepaskanmu
takkan kutinggalkanmu
walau aku bukan sahabatmu
tetap kau sahabatku.
~angkasa
5.43am
4 Mac 2010
Azan Maghrib
Menjejak Mu’tah
Puisi Aku bukan Sahabatmu

diambil daripada : langitillahi.com

0 comments:

Post a Comment