Friday, May 13, 2011 By: biro dakwah JPP

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU PENGHAYATAN ISLAM

                                                         EXPLORACE



Sebagai inisiatif baik dalam menyebarkan dakwah Islamiah dalam kalangan pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam, Jawatankuasa Biro Dakwah, Kepimpinan dan Kerohanian telah menggunakan pendekatan yang berbeza dan lebih menarik bagi menarik minat dan perhatian pelajar kampus menghayati Program Minggu Penghayatan Islam yang telah dianjurkan. Hal ini terbukti apabila aktiviti Explorace yang berbentuk fizikal dan jasmaniah telah diadakan pada 15 April 2011.

wajah-wajah juara (n_n)



                Penyertaan aktiviti ini telah dibuka kepada semua pelajar kampus dan telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Biro Dakwah, Kepimpinan dan Kerohanian tidak hanya menumpukan pembudayaan nilai Islam dari segi pengisian rohani sahaja, tetapi ianya turut mementingkan aspek fizikal dan jasmaniah.

             Aktiviti Explorace tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan muslim dan kumpulan muslimah. Pembahagian yang dibuat ini adalah demi menjaga dan memelihara ikhtilat dalam kalangan pelajar kampus memandangkan aktiviti tersebut memerlukan pergerakan yang lasak. Dengan bertemakan nilai – nilai keislaman, sebanyak lapan pasukan telah menghantar penyertaan secara berdaftar. Dalam aktiviti tersebut, sebanyak lima stesen telah dibentuk di mana setiap stesen tersebut mengandungi beberapa tugasan yang perlu diselenggarakan oleh peserta bagi meneruskan pengembaraan mereka ke stesen berikutnya. Namun begitu, apa yang menarik adalah peserta juga bakal berdepan dengan beberapa bentuk dendaan sekiranya gagal melayakkan pengembaraan mereka di sesuatu stesen yang disediakan. Langkah ini dibuat bagi menguji kemahiran emosi dan mental peserta bagi membolehkan mereka meneruskan pengembaraan seterusnya. 

AJK yang sentiasa ceria menjalankan tugas

susun jangan tak susun...




Setelah kesemua peserta berjaya menyempurnakan tugasan mereka, sebanyak tiga pasukan terbaik telah terpilih sebagai pemenang. Penyampaian hadiah berupa hamper telah diadakan bagi meraikan pasukan yang telah berjaya. Melalui aktiviti ini, peserta berpeluang menggilap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam aspek ibadah, akhlak, akidah, sirah dan sebagainya. Di samping itu juga, peluang yang diperolehi melalui penyertaan aktiviti ini adalah peserta dapat berkenal – kenalan dan saling merapatkan ukhuwah dalam kalangan mereka.



1 comments:

Budak.Kaca.Mata said...

Assalamualaikum.Maaf.saya mendapati bahawa aktiviti "Explorace" yang telah dijalankan sangat menarik. Saya nak mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan program tersebut. Jadi, boleh tak kita berhubung? ni email saya:
-kednuha@gmail.com.

Post a Comment